Ahad, 29 Jun 2014

Yeayyy..Ramadhan Tiba lagi


Makan-makan di Kepong

Assalamualaikum & hai2..

Selamat Berpuasa Semua!!!..jangan bangum pagi buat-buat tak ingat terbuka periuk pulak yer..
post ni aku nak share tentang kedai makan kat Kepong. Jumaat hari tu aku gi FRIM kepong untuk urusan master aku, bila perut lapar kami pun mula la cari kedai makan..terima kasih kat akak-akak frim yang comel, kak Anis & kak Mimi, bawak kami pergi makan..
di sebabkan lapar, aku dah tak ingat nak tengok nma kedai makan ni..tapi dia area food court kepong-selayang..depan Mydin
kami berempat order lain-lain makanan sebab perut macam-macam selera...
ada makanan aku sempat ambik gambar, ada tak sebab dah kebulur, sedar-sedar dah habis..hahaha

Ni air-air yang kami order..sebelah atas tu sirap bandung (RM 1.30) yg kak mimi punyer..yang hamir habis tu Nabilah punyer jus tembikai laici (RM 2.50). yang bawah warna hitam tu nescafe o' ais (RM 1.50) aku punyer..sebelah aku punyer tu kak anis punyer, Manggo Blended (RM 2.60), yang kak anis punyer memang sedappp...

makanan di atas tu aku punyer..nasi putih bersama daging masak merah..cedappp angat..kite sukaaa...harga dia hanya RM 5.80..

Nasi goring diatas adalah nasi goreng ketam..nabilah punyer santapan..harga dia RM 5.00..ada ketam, dah nama pun nasi goreng ketam..


sebagai makanan tambahan, kerang bakar menjadi pilihan, harga dia aku rasa dalam RM4..selain kerang, ada jugak udang, ikan, kupang yang dibakar dan direbus. keropok ikan, rojak buah dan somtam thai pun ada..kecur liur aku bila menulis ni..
sorry la, makanan kak anis dan kak mimi aku lupa nak ambik..kak anis makan nasi paprika (RM 5.80) dan kak mimi makan bihun sup (RM 5.00).

kalo korang kecur liur, cepat-cepat la gi cari makanan kat dapur yer..esok dah tak boleh makan..hehe


pssss : Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada seluruh umat islam di dunia.. ^_^
 

Isnin, 23 Jun 2014

Tasik Dragonfish di FRIM

Assalamualaikum & hai...

Minggu lepas aku pergi Forest Research Institued of Malaysia (FRIM) untuk bincang-bincang pasal projek master aku yang mungkin juga akan dilaksanakan di sana. itu kali kedua aku ke FRIM lepas kali pertama aku pergi tahun lepas untuk praktikal.. sekarang, FRIM, I came back..hohoho

macam musim luruh kt oversea jer..tak payah pergi luar Negara...hehe


before discussion dibuat kat pejabat co-advisor aku kat FRIM tu, aku ronda la kat kawasan terdekat dengan pejabat tu..aku jumpa balik tasik Dragonfish yang jadi tempat aku relax petang-petang masa praktikal dulu..best..boleh tengok ikan besar yang amat la besar...besar sangat!!!!

 bunga teratai uolsss...hoho..cantik sangat


pokok-pokok tinggi yang buat mata aku segar memandang....

mulut dia bukak luas kalo kita bagi makanan..bila tepuk-tepuk tangan mesti dia timbul.. tapi diorang ni pemalu la, asyik menyorok kat bawah pokok-pokok bunga tepi tasik..bila diorang muncul, mula la semua berebut nak tangkap gambar, mungkin sebab tu kot diorang menyorok, diorang tak nak glamour gitu, bagus kan diorang, tak giler publisiti...hahaha

Dragon fish dari hutan amazon..wah!!!..ikan overthesea..


kura-kura pun ada tau kat sini..comel-comel jer..rasa nak terjun kolam ambik diorang, tapi nanti tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan pengawal keselamatan FRIM...huarghhh!!!
jambatan kat tasik ni pun cantik, daripada struktur glulam, siapa yang belajar bidang kejuruteraan dan perkayuan mungkin tahu tentang ketahanan glulam ni, rasanya kat Malaysia ni tak banyak struktur diperbuat daripada glulam. aku suka dok termenung kat jambatan ni, tengok pokok-pokok sekeliling yang besar-besar buat aku tenang..indah sangat ciptaan Allah..




gambar-gambar yang aku tunjuk ni ada yang aku baru ambik masa pergi minggu lepas, ada yang aku ambik masa aku praktikal kat FRIM tahun lepas..boleh la tengok-tengok..siapa yang tak pernah sampai kat FRIM, FRIM ni bukan sekadar tempat penyelidikan tapi juga tempat pelancongan yang menarik.. Jungle in the city!!!!

Ni la jambatan glulam..cantik..kat atas ni aku suka duduk tgok Dragonfish yang besar gedabak tuu..

pssttt : Seronok bila dapat kembali kat tempat yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat kita.. ^_^
 

Sabtu, 21 Jun 2014

HARGA SEGELAS SUSU


Assalamualaikum..
 
aku nak kongsi satu cerita yang membuat diri ini termenung dan terfikir...kisah ini aku dapat dari facebook yang diambil dari Majalah Solusi
semoga menjadi pengajaran kepada kita,,,:
 
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”...

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41
 

P/s : Hebatnya pencipta kita : Allah,.. setiap bantuan yang kita hulurkan kepada makhlukNya walau sekecil mana pun asalkan ikhlas, Allah balas dengan indah sekali..^_^



Khamis, 19 Jun 2014

Air 100plus : Bila Housemate Demam......

Assalamualaikum n hai2...

Sihat?..aku xberapa nak sihat..badan rasa cam letih jer..housemate aku sorang demam, sorang lagi OTW nk demam..dua-dua dok ats katil dalam bilik, tinggal la aku yang bosan ni...huhu..
aku pun rasa panas-panas sejuk jer badan..maybe aku jugak akan dman???....huhu..jika dapat di elakkan, aku xnak dmam..aku banyak benda nak kena buat..banyak sangat!!!..tapi kalo dah takdir, xdapat la nak elak...
Tapi aku sebagai seorang muslim perlu ikhtiar kan, so...petang takdi aku keluar bandar jengka yang comel ni untuk cari air 100plus, aku mnum smpai 2 botol..semata-mata takut demam..huhu...
hopefully, esok badan aku xselemah ni..
housemate aku pun aku paksa mnum walaupun dia xsuka air bergas supaya dia cepat elok dari demam..get well soon Atiqah n Matun..aku rndu korang sakat2 aku..huhu

100plus perisa original n orange favourite aku...^_^


perisa original yang menyegarkan..

air perisa orange yang paling aku suka..maverlouss gitu...hoho
 
 
 
P/s : Allah bagi kita rasa sakit supaya kita sedar nikmat sihat selama ini..^_^

Isnin, 16 Jun 2014

Keseorangan Di Lab Kayu UiTM Pahang...

Assalamualaikum n hai2...

Hari ni aku merajinkan diri buat projek master aku kat lab..dari kul 8.30 pagi sampai kul 4.30 petang..ambik kau!!!..aku ni bila dah rajin mula la nak buat tu, buat ni, sorang2 pn tak kisah bila mood rajin aku datang..tapi bila malas, usah disuruh, aku takkan buat punyer la..haha..teruk betul la mek na ni kan...
disebabkan mood rajin datang, nak keluar lab untuk makan pun malas, just keluar nak solat and p toilet, nasib baik la ad orang yang tolong belikan makanan sebab kesian kat budak ni x lunch katanyer..thanks cik aza oii..haha

gambar-gambar kat bawah ni hasil dari bertapa kat lab dari pagi sampai ke petang semata-mata nak siapkan projek Fiber Marphology aku...

Nak prepare acid ni..huhu
 

 Tadaaa...acid dah siap...

 Benda ni adalah sejenis garam..untuk lembutkan partikel kayu..kna campur ngan acid

 tempat kedap udara..so, bau2 acid takda la merebak ke tempat lain
 
 hoho..acid!!!!!!
 
my experiment
 
 
and bila aku bosan nak tnggu experiment aku siap, ni la hasil nyer..........................
 
Lee kwangsoo Runningman di kesan di situ..hehe...geng2 runningman la peneman aku keseorangan di lab...thanks Oppa n Unni..hohoho
 
 
 
p/s : Mood manusia selalu berubah, tapi jadikan perubahan mood itu sesuatu yang positif untuk diri sendiri n orang sekeliling..^_^





Sabtu, 14 Jun 2014

Lenovo S650 : Akhirnya... jadi pilihan...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah aku d bri kesempatan untuk menulis lagi pada malam yang damai ni..chewah..ayat skema btul..mmg damai la sbb hari minggu kan..hohoho..
Sebelum datg ya hari yang damai, iolss telah merana kerana telefon I yg dah tahap buruk telah rosak..setelah 4 tahun berkhidmat, C3 aku akhirnya telah merosakkan badan skrinya setelah tuannya menjatuhkan dirinya beribu kali..cian C3 aku, maybe krana letih sebab jatuh akhirnya dia tenat..sorry C3..huhu
setelah servey menyervey, setelah membuat literature review bagai (bak kata kawan aku : matun), akhirnya Lenovo S650 sudi berkhidmat dengan diri ini...
I pilih Lenovo S650 1st sbb dia murah, I got this beauty handfon only with rm600, and dapat sekali ngan fon casing n screen protector. aku lagi suka telefon ni sbb screen dia besar, puas hati kalo nak tgok youtube..hehe..
untuk orang yang xpernah pakai handfon android cam aku ni mmg best la telefon ni..huhu..
aku berangan nak Samsung Galaxy S3 tapi mahai la pulok..telah servey bagai this Lenovo mmg best cam Samsung..lagi pun kamera dia 8mp plus ad kamera depan, boleh I selie uolsss....hehehe..
mmg best sangat, sesuai la untuk student cam aku, I mmg jatuh cinta la ngan handfon ni..hihihi

ni la gambar handfon yang aku beli,,hehe..comel x Lenovo I..


disebabkan lupa nak ambik gambar belakang S650 I pinjam gambar2 dari pak cik google, and sekali ngan dia punyer spesifikasi..boleh la tgok2 yer..thanks pak cik google




P/s : Ukur baju di badan sendiri.. ^_^

 

Ahad, 1 Jun 2014

Kenangan Jadi PMDS UiTM Pahang

Assalamualaikum...

ha!!!..hri ni mahasiswa2 baru diploma UiTM daftar masuk..Selamat Datang Ke UiTM adik2..selamat menempuhi Minggu Destini Siswa (MDS) yg sangat mengerikan!!!!..Hehe..tpu jer la,MDS yg best la...hoho..
belajar elok2..don't stress, but don't too chill sgt yer..bersederhana jer la..
bila tgok uitm meriah ngan adik-adik daftar masuk ni, teringat pulok kenangan jadi Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS) UiTM Pahang msa degree dlu..or budak-budak UiTM Panggil abg n kakak2 OC ..hehe

Khemah kenangan, kat bawah tu la adik2 sem 1 yang bakal abg2 n akak2 OC bagi tunjuk ajar...hehehe


dulu kte jadi PMDS untuk sesi 2011..msa tu kte pn baru nk masuk semester 3, saja2 jer hantar permohonan kot2 la dapat gelaran kakak OC, tup2 dapat..hehe..kelakor pn ada..diri ni ada ciri2 kepimpinan kot..hoho..poyo jer lebih..


Geng2 akak2 OC..rndu la mereka2 ni..huhu
 

okey2..dlu kte jadi kakak OC Exco makanan..kra sape-sape yang alergik makanan msa MDS kna cari kmi2 ni la..nak makan lebih pn cari kteorg, tapi kna pandai ambik hati la akak OC yang garang ni..garang la sgt kan..hahaha..

kenangan yg paling kelakar msa jadi OC makanan dlu, ada adik sorang ni msa beratur nak ambik makanan dia mintak nak paha IKAN..mula-mula aku blurr jgak, lpas tu aku nak tergelak, tapi tahan buat muka serius sambil tahan gelak...hehe..jahat betul..
cian adik tu, takut ngan abg2 n akak2 oc sampai tersasul cakap..relax r dik, kami xgarang, cuma berlagak serius, kalo xserius ingat senang nak handle hamper 3 ribu student sem 1 dengan kekuatan tenaga abg2 n akak2 OC yg xsmpai 100 orang pn (xingat la brapa org OC..yg pasti OC makanan dalam 17 orang rsanyer..huhu..)..dengan macam2 kerenah dari pelbagai sudut..
Dapat tidur pn xsmpai 3jam, msa tidur pn ada yg ketuk bilik sebab sakit2..

Dulu msa jadi student part 1 geram jgak kat abg2 n akak2 OC ni sbb ska arah sna, arah sini..bla dah jadi OC bru merasa penat mok oiii...sampai tapak kaki pedih..huhu..


akak-akak OC makanan untuk siswi..melepaskan lelah dimeja makan..hehe
 
 
Msa ni nak sambut ketibaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
 
 
 
OC ni ak ingat..OC kebajikan..hehe..muka menaburkan kebajikan kepada adik2..hoho
 
 
 
msa ni adik-adik dok dengar taklimat (sempat tu posing..hehe)..kami jaga belakang dewan..sape nak keluar g toilet kna bg kad pelajar kt kmi..mcm penjaga toilet kn..huhu..kalo jadi OC, semua bnda kna jadi, tukg sapu la, doctor la, kerani la..smua la..isshh..xlarat nak senaraikan
 
 
 
posing kejap..hehe
 


* that is first n last aku jadi akak OC, bukan sebab serik yer, tapi sbb ad another commitment..mmg penat jadi OC tapi best sgt, ajar aku byk benda n pengalaman yang aku xdapat dalam kuliah..*


p/s : setiap komitmen walau sush or perit sekali pn, do the best.. sbb oneday it could be your sweet memory.. ^_^