Isnin, 14 Julai 2014

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 :

Assalamualaikum & hai..
bersama ini saya sertakan tarikh-tarikh penting berkaitan UPU kerana sekarang ni musim bakal pelajar menyusun dokumen-dokumen untuk ke Universiti :

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 :

 06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM

Portel Rasmi UPU : http://upu.moe.gov.my/web/

Psss : Selamat Maju Jaya.. ^_^

Ahad, 13 Julai 2014

Pray for Palestine



Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara di Palestine dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

 
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel.

Ya Allah! cerai beraikan barisan musuh kami.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi musuh kami di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati musuh-musuh kami.

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
 

Ahad, 6 Julai 2014

Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum & hai-hai..

dah seminggu kita berpuasa kan..cepat jer masa berlalu..hari ni aku rasa nak siasat kelebihan buah kurma yang sangat-sangat popular apabila tibanya bulan Ramadhan..bila dah siasat tu of course la kena kongsi kan..hoho



Okey-okey ni kelebihan buah kurma :

* Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan   memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.

* Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan

* Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

* Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
* Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
* Sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat

* kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi

* kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal

* kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari

* dan yang paling best, kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa dan kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi selepas seharian berpuasa...hehe

sumber :

http://fuh.my/10-khasiat-buah-kurma-yang-perlu-anda-tahu/

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/20761-kurma-buah-paling-berkhasiat-dalam-dunia


Psss : kurma ni makanan kegemaran Rasul kita tau, Nabi Muhammad S.A.W....^_^


 

Rabu, 2 Julai 2014

Bila Bosan : Perpustakaan & Landasan Maut

Assalamualaikum n hye2..

hari ni hari puasa ke-4 uolsss..harap-harap puasa kita ni bukan sia-sia yer..disebabkan aku dan nabilah nak jadi orang yang pemalas hari ni..jadi kami lepak la kat library..bagus tak kami, orang lepak kat tempat belajar uolsss...tak main la shopping complex..hoho..(poyo jer, padahal Jengka tak der shopping complex)...

pelajar-pelajar yang rajin kat library ni jadi mangsa lensa kamera aku..aku ambik senyap-senyap..macam paparazzi jer..


 
rajin la budak-budak ni belajar..bagus-bagus..jangan jadi cam kak kau ni, bila mood takda terbongkang jer..teruk betul..

aku nak baca majalah tapi ruangan majalah penuh dengan adik-adik, nak ambik buku kat rak buku aku malas..jadi buku yang atas meja yang tak tahu sapa letak jadi mangsa aku lepaskan kebosanan..novel sejarah pun jadi la yer..buku novel Landasan Maut..
Bila baca cam best pulok..cerita pasal peristiwa pembinaan landasan kereta api maut masa penjajahan Jepun..
aku memang terhutang budi dengan nenek moyang yang sanggup rasa kesusahan demi masa depan anak cucu mereka, kita la tu...huhu..
dari buku ni jugak aku belajar yang kesusahan dan keperitan perlu dilalui sebelum mendapat kebebasan dan kebahagian..aku belajar dari kisah 4 sahabat ni yang rela melalui sakit dan perit sebelum mendapat kebebasan dari terus menjadi pekerja buruh paksa pembinaan landasan maut..




 
ni la buku yang asalnya aku bosan baca tapi bila dah baca aku dapat sesuatu..thanks pada sesiapa jer yang letak buku atau tertinggal buku tu atas meja..


psss : No Pain, No Gain!!!!