Ahad, 30 November 2014

Apa Itu SPSS?

Assalamualaikum & hai-hai

Hari ini aku nak bercerita tentang SPSS. SPSS atau Statistical Package For Social Science.
SPSS adalah satu perisian (Software) statistic yang dicipta pada tahun 1968 oleh tiga orang pelajar dari Universiti Stanford, iaitu Norman H. Nie, C. Hadlai Hull, dan Dale H. Bent.

SPSS banyak digunakan untuk menganalisis data dalam bidang sains sosial pada awal kemunculannya, tetapi sekarang SPSS digunakan untuk menganalisis data dalam pelbagai bidang.
SPSS dipanggil dengan pelbagai nama sesuai dengan perkembangan dan pembaikan SPSS itu,
pada tahun 2008 dengan versi 17, ia dipanggil sebagai SPSS statistics, pada tahun 2009 dengan versi 27.0.3, ia dikenali sebagai PASW statistics (PASW-Predictive Analysis) dan pada tahun 2010  hingga sekarang dengan versi 20, ia dipanggil sebagai IBM statistics


 Ini adalah IBM SPSS Statistics dengan versi 20, versi yang aku sedang guna sekarang.



Data di dalam SPSS terbahagi kepada dua iaitu Parametrik dan bukan Parametrik. Jenis analisis di dalam SPSS bergantung kepada pembolehubah dan tujuan analisis.

Contoh Jenis analis Parametrik adalah :

- Mean, Standard Deviation
- One Sample T-Test
- Independent T-Test
- Paired T-Test
- One-Way Anova
-Pearson Correlation
- Simple-Linear Rigression atau Non-Linear Regression
- Multiple Linear Regression atau Multiple Non-linear Regression


Rupa SPSS setelah perisiannya dibuka..

 
untuk itu sahaja sedikit penerangan berkaitan apa itu SPSS, dimasa akan datang aku akan terangkan macam mana untuk menganalisis data menggunakan SPSS, insyaAllah..see u soon!!!

psss: dulu pernah belajar analisis data dalam kelas statistik, dapat skor A, tapi bila ditanya pada sem seterusnya, aku tak dapat jawab, Nampak sangat belajar untuk exam, teruk betul...

 

Isnin, 24 November 2014

9 Gangguan Yang Tidak Di Jangka Oleh Wanita!!!

Assalamualaikum & Hai-hai

kita sebagai Wanita selalu ada perkara menakutkan dan juga memalukan..aku faham perasaan itu..kalau boleh tidak mahu diingati langsung..dan tidak mahu berjumpa dengan orang yang pernah ada masa aku terlibat dengan perkara memalukan itu..hehe

aku yakin kamu semua ada perkara memalukan sebagai seorang wanita..betul tak?

Antara 9 Gangguan Yang Tidak Di Jangka Oleh Wanita adalah....

1. Apabila anda berjalan di jalan dengan skirt cantik anda dan angin entah datang dari mana mengganggu anda..

2. Apabila anda merasa begitu glamor dengan solekan mata yang mengambil satu jam untuk disiapkan dan ia tiba-tiba hujan..sangat la menggeramkan..huhu
p/s : lain kali pakai waterproff punyer,,,

3. Apabila anda ada temujanji dengan orang yang anda suka (crush)  dan tiba-tiba bekas kekasih anda muncul..huhu..awkward!!!..
rasa macam nak lari jer kan..entah kenapa tiba-tiba mamat tu muncul kan (itulah kot perasaan korang kan?!)...

nak tahu lagi tak baki 6 lagi dari 9 Gangguan Yang Tidak Di Jangka Oleh Wanita!!!? I dan tak sanggup nak tulis uolsss (bukan malas, tapi korang baca la sendiri) ..hehe
kalau nak sila klik disini yer.>>>> 9 unexpected Interruptions Every Women Dreads


psss: Bila ingat balik benda memalukan itu, rasa nak lari jer..huhu

Khamis, 20 November 2014

Doodlers

Assalamualaikum & hai-hai

Did You Know Doodlers?
According to Wikipedia, a doodle is a form of "unfocused or unconscious drawings made while a person's attention is otherwise occupied"

Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.



Did You Know All These Amazing Doodlers Were Malaysians?

    
 
 

u can see others amazing doodlers by click here >>>> Doodlers


 

Isnin, 17 November 2014

Apa itu Citation

Assalamualaikum & hai-hai


Citation atau dalam bahasa Malaysia adalah petikan. Jika anda menulis apa-apa karya yang hendak di terbitkan dan anda mengambil rujakan, diwajibkan untuk menyatakan dari manakah ayat tersebut berasal, jika tidak anda dikategorikan sebagai pencuri atau plagiarism. Scary kan..huhu..itulah yang aku rasa masa bila menulis tesis.

Citation amat perlu untuk memberi tahu pembaca karya anda bahawa bahan tertentu dari karya anda berasal dari karya orang lain. ia juga dapat menolong pembaca untuk mencari sumber tersebut, dengan kata lain, anda telah menolong pembaca yang kemungkinan sedang membuat penyelidikan. dah dapat satu pahala kan...
 
Ada bermacam jenis citation yang biasa digunakan, antaranya adalah Oxford , Harvard , MLA , Amerika Persatuan Sosiologi ( ASA )  dan Persatuan Psikologi Amerika ( APA ). Aku biasa guna APA jer...
 
Dalam Citation perlu ada nama penulis dan tarikh penerbitan, ada juga Citation yang memerlukan tajuk dan nombor muka surat, bergantung kepada jenis karya tersebut.
 
Contoh karya dari Ali bin Abu adalah bertajuk Basikal bertarikh 23 ogos 2000, Alatan Z sesuai digunakan untuk membaiki basikal.
untuk melakukan Citation, ayat itu perlu diubah dan disertakan nama penulis dan tarikh artikel tersebut di terbitkan. contohnya adalah :
   
" Basikal yang rosak boleh juga dibaiki menggunakan alatan Z (Ali, 2000)"
 
yang kat atas tu contoh jer okey..
 
psss: ilmu yang aku dapat ni pun hasil perkongsian dari pensyarah-pensyarah dan juga Mr Wiki; http://en.wikipedia.org/wiki/Citation... ^_^
 
 
 

Isnin, 10 November 2014

Free Seats dari Air Asia untuk Melancong Pada tahun 2015!!!!

Assalamualaikum & hai2..

hari ni birthday girl nak bagi berita gembira kat uolss...Air asia ada buat promosi melancong dengan free seats..sapa-sapa yang rasa nak melancong ke luar Negara dengan murah boleh la join..promotions ni untuk melancong tahun depan, tapi korang kena tempah sekarang sebelum 16 November 2014..kejap jer Air Asia bagi masa..cepat!!

korang boleh la tempah sekarang dan rancang perjalanan sebelum pergi melancong tahun depan..sementara nak tunggu tarikh nak pergi melancong boleh la cari maklumat tempat nak pergi..itu penting tau..cepat sebelum terlambat..untuk memudahkan korang..aku ada bagi link untuk buat tempahan..baik tak aku..hehe..klik jer yang tu..> Free Seats dari Air Asia



ni gambar website yang memaparkan promosi dari Air Asia..
 
 
psss: siap cepat dia dapat!!!..
 

Happy Birthday to ME!!!

Assalamualaikum & hai2..

Di saat diri ini sedang menulis..aku telah masuk umur 23 tahun..bukan lagi girl, tapi as a women..aku dah jadi weh!!!..Alhamdulilah and thankyou Allah untuk nafas selama 23 tahun ini
happy sebab dah besar tapi dalam masa yang sama takut..sebab dah tua!!!
thanks my mak dan ayah yang telah membesarkan aku dan mendidik aku berlandaskan ajaran Allah..terima kasih atas doa dan bimbingan yang tak pernah berhenti..
terima kasih kepada family yang jadikan aku sebagai aku sekarang..pertolongan dan nasihat diorang buat aku kuat untuk terus melangkah,,,
terima kasih kawan-kawan sebab ada masa aku senang dan susah..mengkritik aku masa aku buat salah..uolss the best!!

lagi meningkat umur aku..lagi meningkat tanggungjawab aku..semoga aku terus kuat melangkah dan di beri kesempatan berbakti kepada isi bumi ini!!!

psss: umur meningkat, lagi dekat jarak dengan kubur...

Jumaat, 7 November 2014

Berjanji..

Assalamualaikum & hai2..

JANJI..semua orang pernah berjanji..tapi tak pasti la kamu orang tepati janji atau pun tak..sebagai manusia yang berfikiran rasional kita perlulah menepati janji asalkan tidak memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling..
Jika tidak dapat menepati janji janganlah berjanji nanti buruk padahnya..
dalam islam pun ada sebut manusia yang tidak menepati janji digelar munafik..semoga kita semua dijauhkan dari sikap tersebut..
aku sendiri pun pernah dikecewakan oleh mereka yang berjanji..rasa sakit hati campur geram tapi sabar jer la..
untuk orang yang memungkiri janji, sebelum anda memungkiri janji ingatlah nasib mereka yang anda kecewakan.,dan ingat tiap orang ada bahagian masing-masing,,hari ini hari kawan kita, entah esok lusa kita pulak yang kena,,,be careful!!!

ni antara janji rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia yang lain : Janji Rakyat Malaysia


Pssss : jangan lupa juga untuk berjanji pada diri sendiri..tiap orang ada janji pada diri sendiri..^_^