Selasa, 29 Disember 2015

Resepi Kuih Kelantan : Cek Mek

Assalamualaikum & Hai-hai

last week aku balik kelantan cuti krismas + Maulidurasul, dan agenda aku apabila balik kelantan adalah MAKAN!!!..gaya melantak macam tak jumpa makanan..dan dengan perasaan nak bermanja dengan mak, aku mintak la mak buatkan kuih popular kelantan, Cek Mek..
tapi ada syarat la pulak, kena tolong buat sekali. pertolongan aku lebih ke arah mengambil gambar untuk dikongsi ke blog ni..huhuhu..
jom kita layan resepi yang aku mintak dari mak aku ni..bahan-bahan dia sangat simple duper mudah dan sikit sangat

Bahan-bahan:
Ubi Keledek
Tepung
Gula
Minyak

Cara-cara:

mula-mula, rebus ubi keledek tu sampai lembut, supaya senang di kemudian hari


buang kulit ubi keledek tu, sambil buang kulit tu, boleh la merasa kesedapan dan kelembutan ubi keledek atau mak saleh panggil sweet potato..


potong ubi keledek tu kecik-kecik, senang untuk dilenyek nanti


mak aku ajar lenyek pakai lesung batu, dia cakap lagi cepat, memang cepat pun..


bila dah siap dilenyek korang campur la dengan tepung gandum, campur sedikit demi sedikit mengikut kehendak korang, letak tepung gandum sikit cukup la supaya ubi tak lembek, kalau terlampau banyak tepung nanti tak terasa kelembutan kuih cek mek tu. Bila adunan dah sebati, bentuk kan la dia jadi bujur dan penyekkan supaya ada ruang di tengah untuk di masukkan sedikit gula (ikut suka korang), dan di tutup rapi supaya gula tak meleleh keluar.


bila dah siap dibentuk, goreng la dia dalam minyak yang panas..tadaa!!..gambar di atas tu yang dah siap di goreng..heaven betul bila digigit dan mengalir la air gula yang manis itu..petang-petang makan bersama air teh o, fuhh..tak ingat dah orang lain..


kalau terliur boleh la buat, murah dan senang uolsss...^_^




 

Ahad, 13 Disember 2015

Bila Amalina Join Conference

Assalamualaikum & Hai-hai

aku sedikit busy kebelanganni..blog bukak nak menulis, tapi akhirnya terlelap depan lap top, apa boleh buat..huhu..
2 minggu lepas aku join conference kat putrajaya, conference kedua untuk paper research master aku, sebelum ni Jepun punyer, sekarang ni Malaysia pulak..yang bezanya akak ni yang jadi presenter, mahu tak menggeleter kaki tangan aku..
Advisor aku cakap aku sendiri kena merasa present paper sendiri sebab yang kat Jepun sebelum ni advisor aku yang tolong presentkan..
macam mana aku tak menggeletar, International Conference of Knowledge Transfer Program..INTERNATIONAL conference weh!!!!

tu la tajuk aku punyer conference dengan team aka geng conference aku..thanks Daiken Sarawak (Japan company) sebab bagi aku guna RnD department diorang

 Bila sampai jer kat JW Marriot Putrajaya kaki aku dah menggeletar, lagi-lagi bila tengok mat saleh berdiri kat lobi tu..huhu..
Gi meja pendaftaran, advisor aku serahkan tag nama presenter, terus aku rasa nak terkuncil..dada ni dup dup dap uolss...
yang lagi rasa YA ALLAH, bila dewan present aku adalah yang paling utama, main hall uloss..T_T
bukak jer pintu mat saleh, mat jepun semua ada..rasa nak lari balik jer..
jadual present aku hari pertama dan petang, pagi tu sempat la aku tengok-tengok orang present, cari idea kan..
yang kelakarnya, lunch hotel kan best, tapi aku punyer tekak rasa kesat jer nak telan, memang aku tak ambil la nasi semua tu, aku just makan tiga hiris kek dengan dessert..tu jer yang aku mampu telan, tu pun paksa sebab kan berbunyi perut masa present..

bila aku atas pentas, dah aku pendek, kepala pun cukup-cukup makan jer nampak..huhu

pukul 4.15 tiba la masa aku present, bila dah naik pentas tu, hilang la sikit debor, tapi still ada okey..
macam-macam panel tanya berkaitan contribution aku punyer research untuk masyarakat..selepas 20 minit selesai la giliran aku, thanks untuk advisor aku, Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri and my bff Nur Atiqah Nabilah..mereka penguat semangat di saat mak ayah takde kat tepi..thanks both of them!!!

crop dari dekat..muka berdebar jer kan..hahaha

bak kata co-advisor aku, Prof Dr Jamaludin Kasin, kat fb aku.. Your Nerve Will be Steady for Future Presentation..
insyaAllah conference ni akan aku jadikan pengalaman aku menempuhi present Viva aku..
next focus, betulkan writting dan prepare for Viva..semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan aku dan semua hambanya..Amin

p/s : harga sebuah pengalaman itu sangat mahal, tidak kira pahit atau manis, yang penting pelajaran yang kita dapat dari pengalaman itu (Amalina, 2015).. ^_^
 

Ahad, 29 November 2015

Lawatan Ke West Port, Pelabuhan Klang

Assalamualaikum & Hai-hai

dah lama dah aku tak update blog, dah berhabuk pun kan..story mory dah lama dah, sedikit busy nak siapkan writting..sekarang ni ada masa terluang boleh la aku jengah diari maya aku ni..kali ni aku nak bercerita tentang lawatan ke Pelabuhan klang..
Pelabuhan Klang ni bukan sebarangan tempat yang boleh kite masuk, kena ada kad bagai, tapi kami berpeluang masuk ke tempat ni..terima kasih untuk pihak pengurusan West Port, Pelabuhan Klang dan Malaysia Timber Industrial Board (MTIB) untuk peluang ni..

 Penerangan berkaitan susun atur dalam WestPort dan cara pengurusan West Port


Mini Series of WestPort, Encik pengurusan tu cakap, maybe suatu hari nanti Pelabuhan Klang akan lagi memanjang..nanti tak cukup la bekas kaca tu, kena panjangkan lagi..hehe 

Dari menara operasi yang mengawal West Port ni kami dapat lihat pergerakan di dalam West Port ni, baru kami tahu yang pelabuhan ni beroperasi macam sebuah bandar. Ada balai polis, balai bomba, Pusat Kesihatan (Ada doktor, nurse), Pusat fisioterapi, gym dan macam-macam lagi la. Kira memang di kawal rapi la. Kami diberi penerangan cara penyimpan barang yang sampai ke pelabuhan dan masa penyimpanan. Baru kami tahu buah-buahan yang ada di pasar raya tu bukannya segar sangat, dah berbulan sampai ke pelabuhan, baru la diambil oleh pihak pasaraya. 

 Pandangan kapal dari udara (udara la sangat, padahal menara operasi)..tengok kapal tu cam cinonet jer, bila pergi dekat, gedabak besar..huhu 

Encik Pengurusan tu cakap kalau tak hujan, lagi jauh boleh nampak, tapi hari tu hujan, tak dapat la kami mengendap jauh-jauh..

Selepas diberi penerangan dan bersoal jawab di menara operasi West Port, kami dibawa mengelilingi pelabuhan. tapi naik bas la yer, kalau jalan kaki mahu tercabut kaki, tapi yang special dan rasa cam VVIP adalah sebab diiringi polis dengan siren bagai, mana nak dapat tu...hikhik..
kami dibawa mengelilingi pelabuhan hingga ke kapal, nasib kami baik hari tu sebab kapal top 2 terbesar di dunia sedang berlabuh, memang besar beb, bayangkan beratus kontena saiz 40 kaki boleh muat dalam tu..fuhh..cam kapal persiaran..
dapat tengok kereta yang sampai kat pelabuhan klang yang kami ingat teksi..padahal tu pembalut kereta and kereta import tu tak dibuka lagi pembalutnya

kontena ni ada yang biasa dan ada yang jenis untuk freezer, kira untuk simpan bahan makanan dan ubat-ubatan supaya tahan lama..dari cerita yang kami dapat dari pihak pelabuhan, mereka tidak tahu barang yang terkandung dalam kontena yang diimport atau dieksport, mereka hanya menguruskan proses dipelabuhan, pihak Kastam sahaja yang mengetahui kandungan didalam kontena terbabit..

Kontena barangan yang diangkut kapal besar gedabak tu..

undang-undang kat Pelabuhan sangat ketat, silap sikit kena saman, tak kira la apa pun pangkat, dah semua kereta dalam pelabuhan kena ada blackbox. and ada beratus CCTV dalam pelabuhan tu..memang strict la.. dah nama pun pelabuhan sebagai tempat perdagangan utama tiap negara kan, mesti la kena jaga..

Thanks MTIB staff yang belanja kami makan..Staff MTIB tu alumi program Wood Science and Technology dan juga Furniture Technology..bangga tengok diorang kerja best-best

Bye-bye WestPort, ada rezeki, aku bertapak kembali

thanks untuk UITM, MTIB and especially WestPort, Pelabuhan Klang untuk pengalaman ni, kalau tak kerana lawatan ni memang tak merasa la masuk pelabuhan ni kan..

Sabtu, 24 Oktober 2015

Jalan-Jalan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia

Assalamualaikum & Hai-hai

mesti tak caya kan bila baca Tajuk kat atas..aku ke muzium?..walaweh..aku pun ada jiwa historical okey.. :P

terus terang sebenarnya aku ikut rombongan student Degree Sains Fizik ke Planaterium Negara..diorang ada talk berkaitan photonic..korang mesti tak tahu kan?..kan?..
(cis, padahal aku pun baru tahu..)
dengan rasa tinggi diri aku nak bagitahu photonic adalah nama lain bagi cahaya..orang Fizik panggil photonic..
yang bagi talk tu aku memang bangga sebab orang Melayu, pakar fizik dan penerima ke empat untuk 'Profesor Ulung Negara' ..beliau adalah  Professor Dr. Harith Ahmad..
prof, walaupun saya bukan peminat fizik cahaya, tapi saya sangat terinspirasi dengan nasihat prof, bila prof cakap setiap orang adalah genius dalam bidang mereka sendiri..bukan Doktor atau Engineer sahaja..

hanya satu gambar ni jer aku dapat tangkap masa dalam dewan teater Planaterium..tu pun sebelum majlis..
 
 
sebelum ke planaterium Negara, pagi tu kami berjalan la sekejap ke Muzium Kesenian Islam..kat situ kebanyakkan orang asing, orang Malaysia maybe dah selalu pergi kot (bersangka-baik yer)..mula-mula aku cam tak berminat, lepas 10 minit, memang interesting..jom check apa yang menarik perhatian aku yang sememangnya bukan orang yang berminat dengan sejarah..
 
hehe..baju yang mannequin tu pakai memang menarik perhatian aku, lama jugak la aku dok tenung baju tu dan baca sejarah baju tu..Queen kot pakai baju tu, patut la tengok cam mewah jer.. 

kawan aku tu main tunjuk-tunjuk beg cam shopping gayanya..beg orang dolu-dolu pun dia berminat..nasib baik dalam cermin, kalau tak mahunya dia try letak kat bahu tu..hehe
 

dapat kerusi ni kat rumah memang terus akan dapat spirit jadi raja kan..

bahagian yang kebanyakkan akan disukai wanita..barang kemas!!..semua pakat nak posing kat sini kan..kalau dah perempuan tak sah kalau mata tak bersinar tengok benda tu
 

tadaa..the best replica for me..i want go there!!..maybe after 10 year?..insyaAllah sekarang aku tengok replica, mana tahu suatu hari nanti Allah murah kan rezeki untuk aku kesana..so, one of my check list kenapa aku perlu belajar setinggi yang boleh dan akan kerja sesungguh  yang mampu..

tak puas sekadar ambik gambar replica, aku nak posing gak..dan insyaAllah aku akan sampai kesana..ONE DAY!!!
 
 
psstt;
Everybody is a genius, but if u judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid..
- Elbert Estein-

 

Ahad, 11 Oktober 2015

Trip Ke Lab Asia Exhibition 2015

Assalamualaikum & Hai-hai

minggu ni banyak aku gunakan masa untuk berjalan aja..dalam masa satu minggu dua kali aku ulang alik ke KL..hari rabu hari tu ada trip bersama pelajar ijazah furniture technology ke Lab Asia Exhibition 2015 di PWTC..tahun ni malaysia menjadi tuan rumah pameran alat-alat makmal dari seluruh dunia..kami yang terlibat dengan makmal ni berpeluang la melihat alatan makmal yang cangih-cangih, sampai aku berangan nak ada alat tu kat makmal yang selalu aku guna tu..

 
alat ni memang dah biasa ada kat makmal testing kat kampus cuma berlainan jenama jer..tapi booth alat ni jugak la lama aku stay, mungkin soul aku dah rasa terbiasa kot dengan alat ni..hehe..dah sejiwa katakan
 
 

alat ni aku dok tenung jer..kalau ada alat ni kat makmal memang aku mudah la kerja aku..tak payah dah manual masukkan chemical..just set up conical flusk dan masukkan chemical lepas tu run..senang babe..handle dangerous chemical pun tak pe cam ni..
 

alat ni ada kat kampus aku, tapi kat makmal lain la sebab tu aku berminat..kalau buat chemical analysis tak payah dah aku dok kacau jer chemical tu, biar mesin yang buat..
 

comel jer aku tengok alat pemanas ni dengan shaker tu..boleh aku bersoal jawab dengan mamat penjaga booth tu, padahal berminat dengan alat dia..hehe 
 

microscope yang ni memang heaven betul la dapat..aku dok bayangkan aku guna microscope ngan software ni masa buat fiber morphology..fuhh!!..memang dah takda la kebengangan bila dah dapat alat ni..UiTM!!..aku nak alat ni..huhu..thanks kat akak-akat jepun tu sebab sudi melayan aku yang sangat berminat dengan alat ni
 

madam-madam ni berminat dengan texture benda di atas tu..texture dia cam gabus..boleh buat beg..kalau dijadikan alas lantai, gelas jatuh pun tak pecah..tak caya?..dia siap buat experiment depan kami lagi tau.. 
 
 
sebelum balik..kita bergambar dulu..cam segerombolan tetamu terhormat lagi rasa sebab dapat layanan best dari organizer..maybe sebab Prof Madya Dr. Yuziah (Lecturer kami) adalah Ajk program ni..

thanks organizer Lab Asia sebab sediakan makan tengah hari untuk kami..takder la melayan duit aku rm16 sebab nak dapatkan nasi ayam dari PWTC ni..kenyang dan sedap..
 
 
semoga program ni ada manfaat untuk sesapa yang join..boleh difikirkan untuk menambah alatan makmal yang super canggih di masa depan..mana la tahu kan..aku nak sambung PhD pun senang..nak sambung ker?????...

Selasa, 29 September 2015

Raya Aidiladha Di Kelantan

Assalamualaikum & hai2

Camner korang punyer raya aidiladha aka raya haji?..best tak makan daging banyak2?..dalam dok melantak daging jangan dilupa sedara-sedara kita kat negara bergolak tu yer..jangan lupa doakan mereka supaya mereka juga mendapat keamanan dan berpeluang beraya macam kita..al-fatihah juga pada mangsa tragedi-tragedi di mekah..tetapi mereka yang terkorban beruntung kerana berpeluang mengakhiri hidup mereka di bumi yang suci, tempat tumpuan umat islam melakukan ibadat..
Salam takziah untuk ahli keluarga tragedi kren tumbang dan rempuhan di mina..dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..

Kembali kepada tajuk post diatas..aku nak share cerita dan gambar beraya..kawan-kawan aku cakap raya haji kat kelantan meriah berbanding negeri lain, yang tu aku tak tahu la sebab memang aku beraya kat kelantan jer..muahaha..

Gambar diatas tu adalah perut lembu yan diperoleh daripada lembu korban..daging lembu korban perlu diberi kpada yg memerlukan sebanyak 2/3. Yg 1/3 tu boleh la menjadi santapan si pemilik daging korban..organ dalam haiwan korban tu boleh dibahagi atau menjadi santapan pemilik daging korban tu..
Perut lembu tu bab basuh tu yg leceh. Kalau makan semua cepat..cara mudah nak bersihkan gunalah buah limau nipis plus ngan kapur..memang berkesan beb!!!..cam nak buang daki kat badan jer..hikhik..lepas dah putih dibersihkan, mmg marvelous dibuat kerabu perut atau air asam..meleleh air liur..

Ni projek memasak oleh mak aku ngan mak cik-mak cik aku plus spupu2.. Lepas dah settle siang daging oleh anak2 dara..mula la sesi masak2 simple iaitu daging goreng dan singgang daging..esok nya pulak sup tulang..lepas tu jangan ada yang sakit kepala dan darah tinggi dah la..

Dish terakhir dari daging sebelum aku balik ke bumi jengka adalah daging bakar, chicken chop, colesslow ngan kuah lada hitam..terwestern la pulak kan..nilai melayu masih kekal dgn berlapik tu..mixed gitu..

P/s: sesapa nak merasa beraya aidiladha gaya kelantan jemput la ke negeri cik siti wan kembang ni yer..


Ahad, 20 September 2015

Laman Web Kemasukan Ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Malaysia

Assalamualaikum & Hai-Hai
 
ramai yang comment kat post and private message bertanya tentang syarat kemasukan ke university..dan ada juga yang nak tahu tarikh permohonan ke Universiti (Panggilan Ke -2) yang tanpa melalui UPU..
dengan ni akak bantu korang dengan menyenaraikan link laman web kemasukan ke IPTA tersebut..Just Klik..
 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) = http://online.uitm.edu.my/
 
Universiti Malaya (UM) = http://um.edu.my/
 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) = http://www.iium.edu.my/cfs
 
Universiti Putra Malaysia (UPM) = http://www.esmp.upm.edu.my/promosi/
 
Universiti Sains Malaysia (USM) = https://pohon.usm.my/
 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) = http://www.utm.my/
 
Universiti Pendidikan Sultan Indris (UPSI) = http://www.upsi.edu.my/online/
 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) = http://www.ukm.my/pkp/
 
 
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) = http://www.umk.edu.my/index.php/my/
 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) = http://www.umt.edu.my/
 
Universiti Malaysia Pahang (UMP) = http://www.ump.edu.my/ms/kemasukan
 
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) = http://www.unimap.edu.my/
 
Universit Malaysia Sarawak (UNIMAS) = http://www.unimas.my/en/
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) = http://www.ums.edu.my/v5/
 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) = http://www.upnm.edu.my/
 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) = http://www.usim.edu.my/
 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) = http://www.utem.edu.my/portal/ms/cara-memohon.html
 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) = http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/59/69/lang,ms/
 
Universiti Utara Malaysia (UUM) = http://www.uum.edu.my/index.php/ms/
 
 
Good Luck Korang..^_^
 
 
 
 
 

Kenduri Kahwin Geng Degree - Wan Farid

Assalamualaikum & Hai-hai

lama dah rasanya tak update blog..sibuk dengan penulisan jurnal, dah syarat nak Viva kena ada jurnal yang di publish..
untuk menghilangkan keseteresanan yang melanda, minggu lepas aku and ex-geng degree dulu berkumpul ramai-ramai gi kenduri kahwin kawan masa degree dulu, MR wan farid.
dah jadi suami dah boh  (nick name wan farid) yer..
gi sana rancang 6 buah keta..tapi odw kesana kereta nabilah ada problem, jadi la 5 buah keta..
3 buah berkumpul di jengka..dan seterusnya berkumpul di temerloh..kira short reunion la ni..
apa-apa pun aku puji sangat geng - geng ni..sangup bantu dan tunggu masa sebuah keta ada problem..korang memang the best!!!..thanks buddy!!



Part of My Batch masa degree dulu..bak kata kawan sorang tu..muka semua dah cam mak-mak and bapak-bapak..haha..InsyaAllah next year ada lagi 3, 4 orang yang akan mendapat pasangan..



girls's picture..part of 12 person dari kelas aku dulu..kami tak ramai perempuan sebab kos kami dipelopori oleh yang mempunyai halkum..


 sampai-sampai terus melantak..lapor weh dalam perjalan menempuh macam-macam dugaan..kereta rosak la, terserempak dengan accident la..sesat la..makan dulu ler, lepas tu baru jumpa pengantin..dah la sampai lambat..nasib baik gulai tak habis lagi, kalau tak kedai makan la jawabnya..


welfie..girl's time..back to zaman-zaman muda dulu..hehe..tapi bila tengok balik, muka masing-masing awak muda kan..


budak laki kalau nak bergambar memang kecoh..tak padan ngan tua diorang ni..memeriahkan suasan katanya..


entah bila la dapat kumpul macam ni lagi..kenduri sapa la kan nanti..huhu


Khamis, 27 Ogos 2015

Pusat Pengajian Industri Perkayuan

Assalamualaikum & Hai-hai

Next week student baru degree akan mula mendaftar ke u masing-masing..Welcome to campus world..
Sematkan dalam hati korang niat yang terpuji bila dah masuk u ni..tak kisah la niat apa pun yang penting bawa kebaikan pada diri, keluarga, agama, negara dan orang sekeliling..
Kalo dah tergadah nanti, cuba bangun balik..sebab tiada manusia yang berjaya tanpa pernah tersungkur..sakit tu membanggakan tau.
Kepada pelajar di bawah pusat pengajian industri perkayuan UiTM, i want to wish, WELCOME to our community..stay strong, do the best!!!..


Ahad, 16 Ogos 2015

Kenduri Kahwin Senior - Dr Jefni

Assalamualaikum & Hai-hai

hujung minggu yang biasa jer, aku dan laptop..so boring...
nak wat canner kan dah namanyer student..kau hadap ler kerja kau sebagai studentkan..
tapi minggu ni dapat la makan free..makan kenduri kahwin senior - bakal Dr PhD - Dr Jefni.. Tahniah Senior!!!

memang senior aku dengan ex dak kelas memang gler kan..buat havoc kat majlis orang..


thanks buat majlis tu sebab dapat la jumpa senior-senior aku yang overss gilerst tu..havoc.. siap diorag buli pengantin lagi bila si pengantin hilang bini dia..haha
alahai Jef..baru sehari dah hilang bini dah..

comel je pengantim pompuan ngan jubah pengantin yang mak dia sendiri buat..yang buat aku respek..majlis diorang simple..tak payah membazir.. 

bergambar jap dengan ibu dan bapa pengantin pompuan yang juga bapaknyer adalah co-advisor master aku..hahaha..


untuk raja sehari tu..aku wish semoga korang kekal hingga ke syurga..dapat anak-anak bakal penghuni syurga..
satu lagi..Jef oi..writting PhD jangan kau lupa pulak..hikhik

Selasa, 4 Ogos 2015

Jadual Peperiksaan PT3

Assalamualaikum & Hai-Hai

okey..disebabkan adik lelaki tersayang aku akan ambik PT3 pada bulan 10 nanti, so, aku sebagai kakak yang super mithali ni carikan la jadual waktu supaya dia sentiasa update dan sedar diri sikit,,
budak lelaki biasa lerrr..lambat nak sedar diri,,bila dah tengok tarikh ni mesti dia gelabah kat asrama tu..hahaha..

disebabkan rasa baik hati banyak ni, aku pun sudi la mengsharekan ke blog aku..kot-kot la berguna kan..
dan dapat ls jugak menyedarkan diri budak-budak PT3 yang tak sedar tu..
sedar la oi..lagi 2 bulan korang nak exam bosar!!

check ker dout...








untuk kanak-kanak bakal PT3 ni..buat leklok dik..usaha tu penting, hasil tu pikit kedian yer..^_^

Isnin, 3 Ogos 2015

Teruskan berusaha..

Assalamualaikum & Hai-Hai

Jika sudah berputus asa dalam berusaha..cuba ingat balik saat kita pernah jatuh dan selepas itu kita mampu untuk berjaya..
Sememangnya penat dalam berusaha jika hasil masih belum mampu kita genggam tapi alangkah rugi jika sudah berhenti sedangkan kejayaan hanya memerlukan sedikit lagi masa dan usaha kita..


Jika sudah letih, berehat sekejap dan sambung balik usaha itu..
Kejayaan itu lebih manis jika berliku cara untuk mendapatkannya..
Betul dop???!!!
So, teruskan...