Isnin, 26 Januari 2015

FYP Degree Dipublishkan..

Assalamualaikum & Hai-hai

Minggu ni aku dapat berita tersangat la gembira, first kita cakap la Alhamdulilah dulu, tanda bersyukur dengan rezeki dari Allah ini..
 
berita gembira yang aku nak banggakan ni adalah aku punya Final Year Projek yang dibentangkan masa WOSMAT 2013 zaman degree dulu telah dipilih untuk dipublish dibawah Perpustakaan Negara Malaysia..dengan ini aku telah mempunyai copyright untuk projek itu..jangan ada yang plagiarism kan yer..hehe


 muka depan buku karya-karya dari pembentangan WOSMAT2013..dalam tu ada karya aku tau..hehe
 

 
bagi yang sesiapa yang terlibat dalam penyelidikan, jika projek penyelidikan mereka berjaya dan di publishkan adalah benda yang tersangat la gembira, kira macam hilang la penat lelah bagai tu..huhu..
tetiba teringat saat buat FYP dulu..rasa macam takda life, dengan nak siapkan FYP, dengan kelas lagi..sampai satu saat aku redha kalau sem tu aku tak dapat dekan..hari-hari telefon mak ngan ayah kerana nak menunjukkan kecengengan aku..siap cakap dengan diorang, sorry kalau sem ni na tak dapat dekan sebab FYP ni penting sebab tak nak TL, dan mereka cakap takpa yang penting usaha dan doa; tapi Alhamdulilah Allah dengar doa hamba-hambanya..terima kasih mak, terima kasih ayah...terima kasih my brothers and sisters...

korang nampak apa yang aku Nampak?!.. Copyringht @ 2013 tu..hehe..riak betul la aku ni..



 
terima kasih kepada setiap insan yang melayan kerenah budak ini semasa menyiapkan projek FYP dulu tu..thanks a million of thanks to my advisor Prof Dr Jamaludin Kasim kerana melayah kerenah aku yang nak selalu nak jumpa prof, sampai naik bosan Prof tengok muka budak ni..hikhik..
terima kasih kepada coordinator FYP, Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri (aka aku punyer advisor untuk master sekarang) sebab antara insan yang bimbing aku masa nak jilidkan buku dulu, sampaikan berapa kali pergi print, banyak duit melayang kat situ..hehehe
thanks kepada lecturer yang membantu aku masa penulisan, especially, Puan Nurrohana Ahmad dan Puan Norbaini Sarmin, Thanks banyak-banyak madams.
terima kasih kepada pembantu bengkel dan makmal kerana sudi membantu diri ini membuat eksperimen dan mengendalikan mesen dan rela buat overtime untuk kami siapkan FYP, jasa encik-encik tidak mampu saya balas...huhu..terharu pulak ingat pertolongan mereka..
kawan-kawan sekelas; thanks korang, korang memang the best!!!
kepada kakak-kakak dan abang-abang senior, adik junior ini mengucapkan beribu terima kasih kerana sudi ajar aku buat projek dan bagi pinjam nota-nota; Thanks Senior..Senior tetap senior...hehehe


antara page paper projek aku...
 
gambar masa degree dulu..tengah kupas kulit kayu acacia untuk FYP aku la tu..parang dengan budak kayu tidak boleh dipisahkan..jangan main.-main..
 
 


 
psss: yang paling aku terkejut, I got 'A' for my FYP..Alhamduililah...
 
 
 
 



 

Sabtu, 24 Januari 2015

New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali


*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)



Kepada yang taktau nak copy kat mana, Create New Post > HTML . Copy kat situ, lepastu klik Compose. Tadaaa ! Publish ! Letak link entry korang tu di bahagian komen bawah ni. ...

Rabu, 21 Januari 2015

Resepi Cheesekut

Assalamualaikum & hai-hai
 
aku suka makan cheesecake, tapi tak suka makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus, aku suka makan sikit-sikit. baru la tak muak sangat. hari tu aku dok godek-godek facebook, terjumpa la ada orang jual cheesekut, tapi aku rasa tak cukup nak bagi adik-adik lelaki aku makan kalau setakat bekas kecik macam tu, sekali hadap jer budak berdua tu, tak pasal-pasal aku yang tak sempat nak merasa.
 
Jadi dengan kuasa internet yang ada, aku search la resepi cheesekut ni, cari yang sedap punyer..kira kau gabung 2-3 resepi yang berlainan la..hehe..ubah jangan tak ubah, aku ubah sampai tu mudah sangat..untuk orang yang suka buat kerja senang macam aku ni boleh la buat yer..
 
dan adik lelaki aku jadi mangsa untuk diajak menemani kakaknya mencari cream cheese tu, korang nak makan sangat kan, kena la teman kakak korang ni..hahaha
 
 
bahan-bahan yang aku gunakan..simple jer kan?..
 
 
 
Bahan-bahan
Cream Cheese -250gm, aku pakai jenama TATURA, korang nak pakai jenama lain pun boleh, asalkan cream cheese jer tau..
Biskut - 4 segi, aku pkai yang jenama HUP SENG jer
 
Susu Pekat - 1/2tin jer
Fresh Milk untuk merendam biskut...sikit je nak pakai pon
 
 
 
Cara-Cara
 
 
Kite pukul cream cheese tadi sampai lunyai pakai mixer yer
 
bila cream cheese dah lunyai....masukkan susu yang 1/2 tin tadi, kalau suka manis tambah sikit lagi, kalau nak kurang lagi elok, takda la kena kencing manis..mix kan mereka berdua itu sampai sebati dan sedap, korang rasa la sikit, jangan banyak-banyak yer, nanti tak cukup nak buat cheesekut...hehe
 
Biskut tadi korang rendam la gaya gini...kalau nak lembut rendam lama sikit, kalo nak crunchy2, rendam kejap je dalam 30 saat ke dah kira cukup...
 
Pastu susun ler dalam loyang ker, turrpuware ker macam ni...lagi comel kalau bekas tu bentuk 4 segi..mula-mula susun biskut yang direndam tadi, lepas tu sapu dengan dengan cheese yang kite dah buat tadi atas biskut tu.. Then repeat semula rendam biskut, sapu cheese dan kalau korang nak letak nestum pun boleh, tabor jer atas cheese tu, tapi aku jenis nak buat kerja senang, so, nestum-nestum ni takda la yer...hehe..buat la sampai adunan habis..
 
tadaa!!!...dah siap cheesekut aku yang pastinya super sedap...hoho..boleh la masuk peti ais 3 -4 jam sebelum dimakan..
 
 ni la keadaan cheeseku aku selepas 4 jam, hero berdua tu telah menyantapinya..
 
rupanya selepas dipotong..Nampak macam senget-benget kan..tapi sedap uolss..hehe..try la buat..tak sampai 30 minit pun buat...budak-budak pun suka..modal pun sikit jer..
 
 psss: cedapp!!!..

Sabtu, 17 Januari 2015

WSAFT2014

Assalamualaikum & hai-hai

okey seperti yang diperkatakan dalam post sebelum ini, aku akan postkan gambar sepanjang WSAFT 2014. kerja nak muat naik gambar dalam blog ni tertangguh kerana aku terlibat dalam banjir..

sekarang..terima lah persembahan dari aku..jeng-jeng..

WSAFT atau singkatan kepada Wood Science and Furmiture Technology Seminar adalah seminar untuk pelajar tahun akhir ijazah dalam jabatan industri perkayuan Fakulti sains gunaan UiTM Pahang. pada tahun ini seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Hal Ehwal Akademik UiTM Pahang bersama Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Sains Gunaan dan Persatuan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perabot..WSAFT pada tahun 2014 ini dibuat selama 2 hari yang diadakan di dua buah dewan kuliah. Pengarah Program pada Tahun ini adalah Asnawi Seraila dari Sarjana Teknologi Perkayuan.

kek Indulgence untuk majlis perasmian..kesian sorang AJK tak sempat makan kek ni sebab busy...kihkih..cedappp sangat kek ni smpai ada yang bertambah

 tukar krja kejap jadi gadis pendaftar..hikhik


 antara muka-muka yang menunggu giliran untuk present...debar yer dik...huhu


nyanyi lagu Negaraku dan UiTM dihati ku sebelum memulakan perbentangan...

aku?, aku pegang jawatan exco makanan, kira bab-bab makanan sepanjang majlis ni aku la handel, dari cari catering sampai la nak atur waktu makan. Makanan pun kena jaga takut-takut hilang dari pandangan..hehe..lagi takut kalau makanan tak cukup..malu babe!!!

perbentangan sedang berlangsung..
 

goody bag untuk pelajar semasa pendaftaran..ada la sedikit makanan dalam tu dengan cedarahati dari UiTM

antara para peserta...pelik pula aku tengok budak-budak ni bergambar..serius jer muka...hehe
 



antara AJK yang serius bekerja sampaikan tangga pun boleh jadi tempat berbincang...hehe
 


 para peserta pada hari pertama bergambar bersama panel..
 
 
dan Alhamdulilah makanan cukup..majlis pun berjalan dengan lancar walaupun ada masalah kecil, biasa la, tak meriah majlis kalau takda haru-biru sedikit..haha..terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak lansung. Terima kasih kepada para panel dan pensyarah dari UiTM Pahang dan Pihak luar, terima kasih kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perabat semester empat yang turut menjadi pembantu kami, terima kasih kepada catering yang amat pemurah..dan sejuta terima kasih kepada para sponser dari syarikat luar, this year nak mintak sponser lagi boleh tak?..thanks PM Said cari sponser yang superb..hihi

pensyarah lelaki sedang makan...
 

pensyarah perempuan..
 

 muka happy dapat makanan...


sedap sangat ke dik? sampaikan kamera snap pun tak pandang...


tahniah kepada pembentang terbaik, Jonity dari Ijazah Sarjana Muda Bio-Composite. Tahniah juga kepada semua pembentang kerana telah buat yang terbaik.

antara para panel...

 pembentang dari ijazah sarjana muda Bio-Composite...
 
 

antara pembentang di hari kedua..

pembentang terbaik...

dan TAHNIAH kepada para AJK WSAFT yang telah bertungkus lumus sejak dua bulan untuk menjayakan majlis ini sehinggakan sehari sebelum majlis semua telah berkampung di dewan untuk melancarkan lagi majlis.

antara makhluk yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar sampai tidak terkira berapa kali turun naik bangunan pentadbiran...^_^


psss: Hoorayyy..selesai sudah tugas kami...