Khamis, 28 Mei 2015

Welcome To Diploma in Wood Science and Technology ( UiTM Pahang )



Assalamualaikum & Hai-hai


Welcome to dunia sains dan teknologi kayu untuk adik-adik yang baru mendaftar di UITM Jengka Pahang dalam program Diploma Teknologi Perkayuan. Walaupun aku takda Diploma WoodTech (sebab aku asal matrik sains punyer student) aku masih super senior korang yer..haipppp!!!

Ada yang tegur kat google plus dan ada yang pm kat facebook meluahkan perasaan dan pertanyaan berkaitan program ni (mentang-mentang la nama blog akubudakkayu.blogspot)....dioarang macam takut..apa yang adik-adik takutkan?


Yang perempuan takut sebab bimbang diorang jer perempuan, heii!!.. akak ko ni masih hidup jer walaupun dikelilingi oleh jejaka nakal…hehe..geng2 AS227/grad 2013, aku rindu korang..buerkkk!!..:P


Korang jangan risau la..program ni ramai perempuan la, perempuan kuat lagi kau..al maklum la main dengan kayu..hehe

Ada yang risau macam program ni main dengan pertukangan jer..

Hei you..adik-adik ku..anda ingat kayu ni sekadar bertukang..anda akan belajar biologi, kimia dan fizik berkaitan kayu tau..


Korang kena kenal anatomy kayu, kau ingat senang nak hafal anatomy kayu dengan diberikan satu beg berbagai spesis kayu dan satu kanta kecik..kau duduk dan sentuh la kayu tu..nanti ada exam dengan hanya sentuh dan lihat menggunakan kanta, kau kena ingat nama dan nama saintifik kayu tu...( aku dulu ingat 5 jenis kayu jer..huhu)


Lepas tu kau kena kenal daun-daun kayu..kenal sifat daun..Dendrology nama diberi..

Bila dah advance cikit baru kau belajar menghasilkan papan dari kayu yang orang cakap sisa-sisa dan kayu-kayu kecik. Masa tu baru kau hargai betapa berharganya perabot yang diperbuat dari Particleboard, Medium Density Fiberboard, Oriented Strand Board dan macam – macam lagi la..pelik kan nama tu?..nanti bila dah belajar korang tahu la..bukan senang perabot dihasilkan tanpa adanya penyelidikan..dengan nama lain R n D

 
kenal tak gambar diatas tu..mesti selama ni ayah-ayah korang jer guna..nanti korang akan guna alat tu..gambar macam kilang tu..tu la kilang kayu..ada tiga semua..tapi taknak la tunjuk semua..nanti tak surpurise..


Nanti korang belajar jenis gam untuk buat perabot..korang mesti ingat selama ni, pakai jer la gam apa pun kan..nanti  korang akan tahu yang bukan sebarangan gam boleh guna..tiap gam tu ada kimia dia sendiri..kimia?..yes..that is kimia..anda juga akan belajar kandungan kimia dalam kayu, apa itu cellulose, hemicellulose, lignin, extractive..jangan ingat, kayu sekadar kayu, Allah cipta semua benda ada fungsi dia, dan kita kena cari..itu lah kimia kayu!!!



 comel tak hasil student kayu dan perabot?..nanti korang akan buat benda best tu jugak..salah satu mesin yang korang akan guna yang warna hijau tu


Lepas tu korang akan belajar hasilkan produk dari kayu, buat kertas!!..ingat senang ker nak hasilkan kertas yang putih tu..nanti korang akan belajar..jeng..jeng..

nanti boleh la belajar tebang pokok macam gambar diatas (gambar kenangan masa tebang pokok akasia) dan belajar tengok anatomy kayu, bukan tengok guna kanta jer tau, nanti terus boleh tengok guna komputer..canggih kan..

 Bertukang?..yes..korang akan belajar bertukang seperti mana yang selalu diceritakan apabila menyebut perkataan budak kayu..masa ini korang akan rasa berbangga menghasilkan produk hebat..macam gazebo, kerusi sampai la ke pondok, buaian comel pun ada..perasaan bangga akan terselah apabila produk korang ada di perpustakaan..hehe..best!!!..


Korang kena bangga sebagai budak kayu..awak belajar apa yang orang tak belajar, kenal apa yang orang tak kenal..korang kenal hutan, kenal pokok, kenal kayu, kenal mesin..dan InsyaAllah, lagi kenal pencipta itu semua..Allah

gambar masa degree..dengan lecturer sporting dengan kelas havoc..ni tak salah aku gambar masa kelas furniture manufacturing kat bengkel..

 

Good Luck Budak Kayu!!!

LETIH

Assalamualaikum & Hai-hai

LETIH?
ya, kadang-kadang aku letih nak meneruskan hidup dan pelajaran ni..
kadang-kadang rasa terpaksa..
rasa macam redha yang telah dipaksa..

aku dah cuba dah ubah tempat belajar, dari bilik Postgrad ke Perpustakaan.,
situasinya jadi lebih teruk..
LETIH sampai aku mengantuk..
meja perpustakaan jadi sakni aku tertidur,,

bila aku bangun..
aku fikir satu benda..
kenapa aku nak letih..
manusia tak sepatutnya letih kalau buat sesuatu yang dia ikhlas dan untuk menuju kesana..

hahaha,,
rupanya..selama ini aku tak pernah ikhlas dalam belajar..
aku belajar hanya untuk dunia..
sedangkan apa yang aku buat di sini, bekalan untuk kesana..
aku bangun dari kerusi dan tinggalkan laptop aku..
aku bergerak ke rak-rak buku..

aku duduk antara rak buku..
aku terfikir satu benda..
cuba ikhlas kan hati..buat benda ini untuk bekalan aku kesana..
jadi kan pelajaran aku ni, jihad aku..
sebab aku tak mampu nak angkat pedang nak berperang..

mana la tahu kan, penyelidikan aku ni berguna untuk dunia,,
jadi dapat la dunia ini jadi saksi bahawa aku ada sedekah bila aku berdepan akhirat..
kuatkan semangat, ikhlaskan hati..
tiap dari kita, ada tanggungjawab..
jangan buat kerana dipaksa diri sendiri..nanti gila jadinya..hahaha
buat kerana tu minat, dan IKHLAS..

jadikan letih kita tu letih bermanfaat..
Letih ikhlas, bukan letih yang sia-sia..


Jumaat, 22 Mei 2015

Tengah Malam..

Assalamualaikum & Hai-hai

disaat manusia lain diulit mimpi, aku masih bertarung nasib (ayat klasik)..aku bertarung nasib aku nak siapkan writting..bertarung dengan syaitan yang bagaikan mengatakan "amalina..tidur la..bestnya..", "cite korea kau tak habis tengok lagi", "esok la buat, kan banyak masa lagi"..
sungguh kejam itu syaitan merasuk aku, tapi diri ini sungguh kental..tapi last-last bukak juga blog ni..haha..syaitan berjaya dengan pujukan.."buka la blog kejap, update sikit apa kau buat malam ni"..
cis..aku terpedaya akhirnya..T_T

short and speedy aku punya update ni sebab journal sedang menyuruh aku kembali kepangkal jalan..
sesiapa yang sedang stay up malam ni, kuatkan semangat anda!!!


  
macam-macam warna aku punya writting tesis..semuanya untuk membuatkan mata aku tak letih dan minda aku tak bosan..harap macam tu la..



sahabat karip aku dimalam hari..white coffee..jenama apa?..biarlah rahsia..tak nak aku promote produk tanpa dibayar..(poyo kan??!!).
dah tinggal separuh..lepas ni tambah lagi segelas..sorry la badan, aku terpaksa minum benda ni untuk masa depan aku..huarghhh!!!



keropok lagenda aku..kiriman ayah dan mak masa balik kampung itu hari..thanks mak ayah!!!..mereka tiada disisi aku, tapi makanan mereka kirimkan penguat semangat aku untuk capai cita-cita ni..insyaAllah..


p/s : no fon, but blogging okey.. : P

Khamis, 14 Mei 2015

Invention, Innovation and Design Exposition (IIDEX) 2015

Assalamualaikum & Hai-hai

ni kisah 2 minggu lepas yer (dah basi baru nak update)..2 minggu lepas aku join IIDEX kat UiTM Shah Alam..join untuk kali ke dua yer (tahun lepas dah join)..ni post yang masa IIDEX 2014 : IIDEX 2014

IIDEX tu aper? benda alah tu adalah pertandingan reka cipta dan penyelidikan melibatkan pelajar sekolah, pelajar universiti dan agensi luar..kira ciptaan-ciptaan best tu ada la kat sana..


Tahun lepas gold dengan projek Premium Quality of Particleboard..untuk tahun ni kami membawa tajuk New Fiberboard : Leucaena and Rubberwood..dan Alhamdulilah tahun ni gold menjadi milik kami lagi dan tambahan awards lagi apabila mendapat silver awards untuk Pitching Awards..

tu la booth presentation kami..merimbun dengan pokok leucaena (aka pokok petai belalang)..Dr Yuziah tersayang la tu yang mencari daun-daun tu..
penyelidikan kami nak buktikan pokok petai belalang yang orang-orang buat tak tahu tu sebanarnya sangat la bernilai..bernilai untuk masa depan industri perkayuan negara kita..Allah dah cipta setiap benda tu ada kegunaanya..

 happy face after got gold medal..^_^
thanks to my bestie..Nur Atiqah Nabilah sebab banyak bersama aku masa susah dan senang..thanksss babe !!..thanks kepada ahli kumpulan aku yang juga lecturer yang banyak100x sangat bantu aku..Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri, Prof Dr Jamaludin Kasim and Prof Madya Dr Nor Yuziah..

jejak kasih..terjumpa romate yang masa degree dulu..Tahniah Akma..got silver medal untuk projek software dia..si akma ni masih kecik macam dulu..hehe

my medal..gold medal..Thanks Allah..rasa macam susah payah research berbayar..tapi takkan fully berbayar selagi belum dapat siapkan full thesis master..

psss : thanks to my parents, my siblings, my family, my buddy,UiTM Pahang Staff, Daiken Staff, UiTM Shah Alam Staf, my good fren and also my enemy..^_^







Isnin, 11 Mei 2015

Rayuan ke IPTA/Rayuan Politeknik Premier /Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA 2015/2016

Assalamualaikum & Hai-Hai

okay, sekarang akak korang ni nak bagitau tarikh untuk buat rayuan untuk sesapa yang mahu buat rayuan..demi adik-adik ni, akak buat khusus post ni untuk korang yer..semoga kejayaan menyebelahi adik-adik semua..kalau korang takdapat masuk U sekali pun, jangan give up, teruskan!!
KEJAYAAN ADA DIHADAPAN..kejayaan milik orang yang tak pernah putus asa berusaha..


Rayuan ke IPTA
Rayuan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf hanya boleh dicapai setelah Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA diumumkan iaitu mulai 15 Mei 2015 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Mei 2015 di URL berikut


Rayuan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 12 Ogos 2015 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2015 (Tentatif) di URL berikut :-



Rayuan Politeknik Premier 
Rayuan ke Politeknik Premier hanya boleh dicapai setelah Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA diumumkan iaitu mulai 15 Mei 2015 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Mei 2015 di URL berikut :-
Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA dibuka untuk capaian mulai 15 Mei 2015 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Mei 2015 di URL berikut :-

https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/

psss: gagal adalah permulaan sebuah kejayaan.. ^_^

Rabu, 6 Mei 2015

Keputusan UPU UiTM 2015/2016 Lepasan SPM dan Setaraf

Assalamualaikum & hai2

Ramai jugak la yg tanya kat blog, kat google+, email akak ni berkaitan upu..ada yang tanya macam mana nak buat rayuan, kenapa tak boleh bukak portal upu, tak boleh check result..

Adik-adik..upu punyer portal..server dia sedikit down..biasala bila hari pertama result semua orang berebut, macam kelam kabut..jadinya lebih baik check guna sms

Ni caranya : UPU RESULT No.ic dan hantar ke 15888

Rayuan biasanya kena buat kat portal upu atau portal setiap universiti..jadi kena bersabar tunggu server portal upu elok semula..

Untuk adik-adik yg mohon uitm, buleh semak melalui portal kemasukan uitm Pada 8 mei 2015.. Kira check result betul-betul melalui uitm..yang mohon universiti lain check melalui portal kemasukan universiti tersebut..

Psss: Good luck and don't give up!!!..^_^